MAJLIS KESYUKURAN SERAHAN SIAP PROJEK LIF DAN KEMUDAHAN PRASARANA MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC

10 Februari 2026
MAJLIS KESYUKURAN SERAHAN SIAP PROJEK LIF DAN KEMUDAHAN PRASARANA MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC
Majlis penyerahan siap projek lif dan prasana masjid telah diadakan sebagai salah satu inisiatif penambaikan prasarana masjid.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Encik Zulkiflee Mansor, Wakil KLCC . Beliau telah menyampaikan taklimat projek-projek yang telah selesai dilaksanakan di masjid.
Majlis diteruskan dengan sesi tazkirah dan bacaan Yassin oleh Ustaz Naufal Mahfuzillah, Imam Masjid Asy-Syakirin KLCC. Kemuncak majlis adalah simbolik penyerahan siap lif masjid yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Salem Kailany, GCEO KLCC dan turut hadir bersama Tuan Syed Abdullah, Pengerusi Masjid Asy-Syakirin KLCC.
Para tetamu juga dibawa melawat untuk melihat projek penambahan kemudahan masjid yang akan memberi manfaat kepada jemaah yang berkunjung ke masjid.
Semoga dengan prasarana baru, aktiviti imarah masjid semakin giat berkembang.
#masjidasysyakirinklcc
#PermataDalamTaman
#TourismMalaysia

Hubungi.