Masjid, Ruang
Kedamaian Jiwa
Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa dan rajin menuju ke masjid-masjid,
maka saksikanlah baginya dengan iman. — Riwayat al-Tirmizi
Masjid Asy-Syakirin KLCC
Masjid Asy-Syakirin, terletak berhampiran KLCC, merupakan masjid ikonik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dibuka pada 1999, masjid ini dikenali sebagai "Jewel in the Park" kerana reka bentuknya yang moden dengan elemen seni bina Islam tradisional. Masjid ini mampu menampung ribuan jemaah dan sering menjadi tumpuan umat Islam untuk solat, majlis ilmu, dan aktiviti keagamaan, berlatarbelakangkan panorama Menara Berkembar Petronas.
Fasiliti Masjid
Masjid Asy-Syakirin KLCC menawarkan pelbagai fasiliti untuk keselesaan jemaah, termasuk ruang solat yang luas, bilik wuduk moden, dewan serbaguna, serta kawasan parkir yang mudah diakses. Dilengkapi sistem audio visual canggih, masjid ini juga menyediakan ruang khusus untuk kelas agama, ceramah, dan aktiviti komuniti, menjadikannya pusat ibadah dan ilmu di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur.
Perkhidmatan

Tahlil & Doa Selamat
Perkhidmatan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat.

Urusan Pernikahan
Mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Info & Aktiviti
✨HAMPIR 8,000 WANITA MENGIMARAHKAN PROGRAM ‘WANITA ITU : BECOMING HER’ DI MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC.✨
1️⃣Alhamdulillah! Telah berlangsung dengan jayanya Program Wanita Itu : Becoming Her anjuran Wanita Itu dengan...
✨HALAQAH HUFFAZ PERDANA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾SELAMA 3 HARI ✨
Kelainan tahun ini untuk sambutan Kemerdekaan Kali Ke-69 di Masjid Asy-Syakirin KLCC, program kerjasama masjid dengan...
✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨
“MADANI DIHAYATI UMMAH DIBERKATI” Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah, dan mengamalkan akhlak baginda...