Info Korporat

INFO KORPORAT

Masjid
Asy-Syakirin, KLCC

Latar Belakang

Masjid Asy-Syakirin (lebih dikenali sebagai Masjid KLCC) terletak di berdekatan Menara Berkembar Petronas. Masjid ikonik 2 tingkat ini di gelar "Permata Dalam Taman" kerana kedudukannya yang berhadapan dengan Taman KLCC.
Masjid Asy-Syakirin KLCC, yang dikenali sebagai “Permata Dalam Taman”, terletak di lokasi yang sangat strategik berhadapan dengan Taman KLCC. Sebagai tempat ibadah, masjid ini menjadi mercu tanda seni bina Islam yang unik di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Dibina pada tahun 1997 oleh dan siap sepenuhnya pada tahun 1998, masjid ini pada asalnya berstatus surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi kegunaan petugas Petronas. Seiring dengan keperluan semasa, ia kemudian dinaik taraf sebagai masjid.
Nama Asy-Syakirin, yang bermaksud “orang-orang yang bersyukur”, dipilih sebagai nama rasmi masjid ini bagi melambangkan nilai kesyukuran dan kehambaan kepada Allah SWT.
Dengan keluasan tapak kira-kira 100 ekar, masjid ini mampu menampung sehingga 6,500 jemaah dalam satu masa. Pada tahun 2009, pengubahsuaian telah dijalankan bagi meningkatkan kapasiti kepada 14,000 jemaah untuk memenuhi keperluan solat Jumaat dan aktiviti keagamaan yang semakin berkembang. Masjid ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 26 Ogos 2011.
Masjid Asy-Syakirin KLCC menggabungkan seni bina moden dan kontemporari yang selari dengan identiti kawasan KLCC. Masjid ini menonjolkan seni bina berteknologi tinggi dengan penggunaan bahan logam dan besi yang elegan. Bahagian mihrabnya pula terinspirasi daripada seni bina Iran, dengan gerbang separa bulat yang dihiasi seni muqarnas, ukiran geometri, dan tulisan khat yang memberikan sentuhan keindahan tradisional. Pencahayaan semula jadi dimaksimumkan melalui penggunaan skylight, tingkap kecil bermotif geometri, serta jerjak kaca berbingkai besi pada tingkat atas ruang solat wanita.
Kubah masjid ini direka dengan struktur moden yang membolehkan cahaya semula jadi menerangi ruang solat, sambil dihiasi dengan chandelier kristal yang bergemerlapan di tengah-tengahnya. Serambi masjid pula mengadaptasi konsep payung terbuka dengan tiang dan bumbung yang dilapisi jubin seramik berkilat. Tangga menuju ke dewan solat diperindah dengan marmar hitam, manakala pemegang tangganya diperbuat daripada logam berbentuk bulat, melengkapkan suasana elegan dan eksklusif masjid ini.
Selain menjadi tempat ibadah, Masjid Asy-Syakirin KLCC turut berfungsi sebagai pusat komuniti yang mesra pengunjung. Sepanjang tahun, pelbagai program ilmu dan kerohanian yang diselia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). dianjurkan bagi memastikan masjid ini terus menjadi pusat perpaduan dan pengukuhan ummah di tengah kota.
Dengan suasana yang tenang serta kemudahan moden yang disediakan, Masjid Asy-Syakirin KLCC terus menjadi destinasi utama bagi jemaah tempatan dan antarabangsa.

Visi

Menjadi masjid yang berperanan sebagai Urban Spiritual Centre.

Misi

  • Menjadikan Masjid sebagai pusat ibadah yang moden, profesional, dan mesra jemaah, dengan menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa serta pengurusan yang cekap dan efisien.
  • Membudayakan keilmuan Islam dan kecemerlangan intelektual melalui penganjuran kuliah, seminar, dan wacana ilmiah yang melibatkan cendekiawan tempatan serta antarabangsa.
  • Mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat perpaduan ummah, dengan menganjurkan program kemasyarakatan, kebajikan, dan interaksi sosial yang mengeratkan hubungan sesama Muslim dan masyarakat pelbagai latar belakang.
  • Memanfaatkan teknologi dan inovasi digital dalam penyampaian dakwah, pengurusan masjid, serta komunikasi strategik bagi memastikan keberkesanan penyebaran ilmu dan penglibatan masyarakat global.
  • Mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi Islam, organisasi korporat, dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkasakan program pembangunan Islam di peringkat nasional serta antarabangsa.
  • Memperkenalkan Masjid Asy-Syakirin sebagai ikon Islam global, dengan menyediakan persekitaran yang inklusif, mesra pelancong Muslim, serta menyampaikan mesej Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin kepada dunia.

Organisasi Masjid

SYED ABDULLAH BIN SYED NORDIN
PENGERUSI
AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL
TIMB. PENGERUSI
NAUFAL BIN MAHPUZILLAH
SETIAUSAHA
MUHD SAUFI BIN NURHAM
BENDAHARI
MOHD HILMEE BIN UMAR
AJK
MUSTAFFA BIN AWANG
AJK
ABD TALIB BIN JUSOH
AJK
MOHAMMAD ADAM BIN HASIMI
AJK
RUSLAN BIN IBRAHIM
AJK
MOHD ROSKA BIN MOHAMED RASIDEK
AJK
ZUBIDAH BINTI ALI
AJK (WANITA)
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN IKHSAN
AJK (BELIA)
NORAZILA BINTI SHAFIE
AJK (WANITA)
ZARINA BINTI ZAINUDDIN
AJK (BELIAWANIS)