26 Februari 2026 | Khamis
Alhamdulillah, Alliance Islamic Bank Berhad dengan berbesar hati telah menyumbangkan juadah berbuka puasa bagi majlis berbuka puasa pada hari ini.
Majlis diserikan lagi dengan tausiyah khas dari Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank Berhad.
Turut hadir bersama, Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin KLCC, bersama-sama berbuka puasa bersama warga kota yang mengunjungi masjid.
Semoga keberkatan Ramadan turut dirasai pengunjung yang hadir bersama mengimarahkan rumah Allah.
#MasjidAsySyakirinKLCC #PermataDalamTaman #MADANIMembantu #KitaKawan #Ramadan2026
