WANITA ITU: RAMADAN, DOA DAN SYURGA

8 Februari 2026
Mengambil keberkatan Syaban dan bakal tibanya Ramadan, Masjid Asy-Syakirin KLCC dengan kerjasama Wahed Investment, IKIMfm dan Islamic Relief Malaysia (IRM) telah menganjurkan program Wanita itu: Ramadan, Doa dan Syurga.

Program dimulakan dengan qiamulail dan tahajud yang diimamkan oleh Ustaz Faidhul Irfan, Slot Taranum Muzzammil & Mutadassir bersama Ustaz Aiman Ridhwan (Man Qaree) dan sesi Tadabbur Al-Baqarah (Ustaz Khairul Anuar Basri).

Seramai 6500 peserta membanjiri ruang solat Masjid Asy-Syakirin KLCC bagi menjayakan program seterusnya membentuk tarbiah diri bagi menjalani ibadah di bulan Ramadan yang akan datang.
#MasjidAsy-Syakirin #WanitaItu #WahedInvestment #IKIMfm #GaleriIlmu #IslamicReliefMalaysia #Ramadan #PermataDalamTaman
 

Hubungi.