1️⃣Alhamdulillah! Telah berlangsung dengan jayanya Program Wanita Itu : Becoming Her anjuran Wanita Itu dengan kerjasama Pelitawanis TNB Cawangan Petaling Jaya dan Masjid Asy-Syakirin KLCC pada 5 & 6 September 2026.
2️⃣Hampir 8,000 orang wanita telah membanjiri ruang masjid sepanjang program 2 hari 1 malam ini untuk beriktikaf, dan memperkasakan rohani berteraskan Al-Quran🌹.
3️⃣Pihak pengurusan Masjid Asy-Syakirin KLCC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan kerjasama serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.✨
4️⃣Semoga segala pengorbanan, ilmu yang ditimba, dan ukhuwah yang terjalin mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.🤲🏻
Jazakumullahu Khairal Jaza’.
#MasjidAsySyakirinKLCC #BecomingHer #WanitaItu #PelitawanisTNB #MajlisIlmu #ImarahMasjid #KLCC

