✨ Masjid Asy-Syakirin KLCC Menerima Pengiktirafan Penarafan Masjid 5 Bintang Wilayah Persekutuan ✨

08 Oktober 2026 – Alhamdulillah, Masjid Asy-Syakirin KLCC telah menerima Pengiktirafan Penarafan Masjid 5 Bintang Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026 daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Penyerahan sijil pengiktirafan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Encik Mohamad Azim Bin Rosli, wakil jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Penilaian ini dibuat berdasarkan kejayaan masjid dalam mengimarahkan ruang ibadah menerusi penganjuran pelbagai program serta penyediaan kemudahan fasiliti yang selesa, kondusif, dan mesra jemaah.

Semoga pengiktirafan ini terus membakar semangat seluruh warga kerja dan jawatankuasa masjid untuk mengekalkan tadbir urus yang baik, teratur, dan cemerlang! 💼

#MasjidKLCC #JAWI #Masjid5🌟 #PengimarahanMasjid

 

Hubungi.

Pentadbir: +6011.6115.1694
Masjid Asy-Syakirin
Lot 41, Seksyen 58,
Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur.
Lihat Peta