Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Doa Selamat KLCC Group pada 20 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan Solat Hajat berjemaah, diikuti bacaan Yaasin dan Doa Selamat, serta Solat Isyak berjemaah bersama Ustaz Naufal Mahpuzillah, Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Majlis ini diadakan bagi memohon perlindungan, kesejahteraan serta kelancaran urusan syarikat, warga kerja dan keluarga, khususnya dalam mendoakan agar segala urusan pembukaan Ombak KLCC dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
Turut hadir bersama Tuan Syed Abdullah, Pengerusi Masjid, Datuk Salim Kailany, CEO KLCC Holdings dan pengurusan tertinggi KLCC
meraikan majlis.
Semoga segala doa dan usaha yang dipanjatkan mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
🤲 Semoga KLCC Group terus diberi kejayaan, kemajuan dan keberkatan dalam setiap usaha.



