PENILAIAN PENARAFAN MASJID 5 BINTANG JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

20 Mei 2026 / Rabu

Alhamdulillah, satu sesi Penilaian Penarafan Masjid 5 Bintang, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Asy-Syakirin KLCC, pada hari ini. Penilaian  ini bertujuan memastikan institusi masjid di Wilayah Persekutuan mencapai standard tadbir urus mengikut Standard Penarafan Masjid Wilayah Persekutuan yang telah dipraktikan.

Sesi penilaian telah diketuai oleh Encik Mohd Faizul bin Mohd Ayus, Ketua Unit Audit dan Aduan, Cawangan Penyelarasan dan Perancangan Kariah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir bersama Encik Ahmad Shukri bin Ismail, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Berikut adalah lima aspek utama yang menjadi fokus sepanjang sesi penilaian tersebut:
1. Pentadbiran
2. Pengimarahan
3. Pengurusan Kewangan
4. Aset & Inventori
5. Prasarana

Sebagai salah satu masjid yang terkenal dikalangan pelancong, Masjid Asy-Syakirin menjadi salah satu masjid yang unik dengan kepelbagaian prasarana yang mesra OKU serta mudah untuk diakses menggunalan perkhidmatan pengankutan awam dan terus menjadi “Permata Dalam Taman” berdiri megah di mercu tanda negara Malaysia yang dicintai.

Pihak Jawatankuasa dan Pengurusan Pentadbiran Masjid Asy-Syakirin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Masjid atas kesudiaan memilih dan menilai Masjid Asy-Syakirin KLCC.

 

Hubungi.

013 481 6384 - Naufal Bin Mahpuzillah
011 2822 5215 - Ustaz Izzuddin Bin Ikhsan
Masjid Asy-Syakirin
Lot 41, Seksyen 58,
Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur.
Lihat Peta