WANITA ITU: CINTA HAJAR & IBRAHIM

26 April 2026- Ahad

“WANITA ITU: CINTA HAJAR & IBRAHIM”

ALHAMDULILLAH! Gema cinta dan ilmu memenuhi ruang Masjid Asy-Syakirin KLCC.

Seramai 2,500 peserta telah hadir membanjiri dewan solat utama untuk bersama-sama menyelami ibrah di sebalik kisah pengorbanan Siti Hajar dan Nabi Ibrahim A.S.

Program yang bermula seawal aktiviti Qiyamullail ini telah menyatukan hati-hati dalam suasana yang cukup syahdu dan penuh ilmu.

🌟 Sorotan Program:
Qiyam & Munajat : Dimulakan seawal jam 4:00 pagi bersama Ustaz Naufal Mahpuzillah, membangkitkan jiwa sebelum fajar menyingsing.

Tadarus & Ibrah Sirah : Sesi Taddarus Juzuk 1 dan perkongsian Sirah yang sangat menyentuh hati oleh Ustazah Nabihah Zakaria. Ramai yang terkesan dengan perkongsian tentang ketabahan seorang wanita dalam ketaatan.

Gema “Baju Raya” : Suasana masjid menjadi sangat meriah dan indah apabila para peserta hadir menggayakan tema Baju Raya, simbolik meraikan kemenangan jiwa dan persaudaraan.

Kemuncak Solat Tasbih & Hajat : Diakhiri dengan doa yang cukup menggetarkan jiwa sebelum solat Zohor berjemaah.

🤝 Sekalung Penghargaan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan strategik kami:
Wahed Invest, IKIMfm, MyFundAction, JAWI, dan tuan rumah Masjid Asy-Syakirin KLCC

#WanitaItu #CintaHajarIbrahim #MasjidAsySyakirinKLCC #Wahed #SirahNabawiyah #IslamItuIndah #ProgramIlmu

.

 

Hubungi.

013 481 6384 - Naufal Bin Mahpuzillah
011 2822 5215 - Ustaz Izzuddin Bin Ikhsan
Masjid Asy-Syakirin
Lot 41, Seksyen 58,
Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur.
Lihat Peta